Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia Julai 2017





Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

. Pegawai Tadbir (Gred N41)
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM 2,080.00 – RM 9,546.00
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Bidang Tugas : Melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan sumber manusia, latihan, perkhidmatan, pentadbiran pejabat, kualiti, hal ehwal korporat, pengurusan aset, pengambilan tanah, pemantauan projek lebuh raya bertol, mengaudit trafik dan hasil tol serta auditan dalaman selaras dengan pekeliling dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

2. Juruteknik Komputer (Gred Ft19)
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jadual Gaji : RM54.00 sehari / Hari bekerja
Kelayakan : Sijil Vokasional Malaysia / Sijil Pelajaran Malaysia
Bidang Tugas : Bertanggungjawab dalam melaksanakan pengujian, pendaftaran, pelabelan, pemasangan dan pemeriksaan aset ICT dan mengemaskini maklumat aset ke dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA).

3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N19
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jadual Gaji : RM54.00 sehari / Hari bekerja
Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia
Bidang Tugas : Menguruskan kemasukan data maklumat permohonan paparan iklan di dalam Sistem Inventori Paparan Iklan, melaksanakan pemantauan dan semakan ke atas tempoh tawaran, kelulusan, Jaminan Bank, insurans dan sewa serta mengemaskini fail permohonan Paparan Iklan.

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my

IBU PEJABAT
Lembaga Lebuhraya Malaysia,
Wisma Lebuhraya,
KM-6, Jalan Serdang – Kajang,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-87383000 / 87373000 (10 talian)
Fax: 603-87373555
Email: aduan@llm.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2017

0 comments